Its Me
What's Time Now?
Follow me and I'll follow u back (just inform k)
Archives
Salam..
Hye semua, tadi aku pergi jalan-jalan kat mudah.com hehehe.. seronok gak tengok barang-barang yang ada jual kat situ. macam-macam la yang aku cari, aku cari kereta-kereta terpakai yang elok, sportrim la, macam-macam la.. bak kata orang window shopping hahaha.. nak beli tak mampu, just tengok je la.. tu yang bengang je tu, sebab dapat tengok je, tak dapat beli hahaha..
dalam khusyuk aku tengok-tengok kereta ni, tiba-tiba aku terperasan dua bijik kereta yang menarik perhatian aku.. 1st sekali kereta Toyota Vios TRD Sportivo dan Honda City model baru punya.. memang cun melecun, harga kira ok la kalo kerja ok hehehe.. bile tengok tu mau terliur gak la kan tapi apa boleh buat, untuk sekarang ni just boleh tengok je la orang pakai kereta-kereta idaman aku ni.. tunggu aku posting nanti, akan ada la salah satu kereta idaman aku ni hehehe.. tak kiralah apa jadi, sanggup ikat perot tu hahhaa..
aku ni jenis tak letak impian tinggi-tinggi sangat. kalau ikot hati memang aku nak beli honda civic Type R tu.. memang lagi style la, tapi harga dia mau terberak nak membayarnye hahaha.. tak makan aku camni hahaha.. setakat ni, ni la kereta-kereta yang menjadi pujaan hati ku hehehe.. kalau dapat la.. doakan aku cepat-cepat posting hahaha.. tak sabar gila nak duduk dalam kereta tu hehehe.. (macam confirm dapat je).. ok la untuk tatapan korang semua, ni aku ade bagi gambar-gambar keretanya yang aku telah google hehhee.. thanx la kepada pakcik google kerana supply gambar untuk aku ok? hehehe..
VIOS TRD SPORTIVO
Salam..
hahaha.. bagus-bagus.. kredit diberikan kepada Misz Najiahtul sebab buat entri tentang macam mana nak update blog guna sms.. pasni korang boleh la update entri ikot suka hati haha nak buat entri pasal tomok boleh, bunkface ke, or apa-apa je la hehehe..
mudah sahaja cara dia hehehe.. aku da cuba da.. kalo tak caya cuba korang check it out entri ini: Percuban.. Testing2.. huhu..
ini bukti aku da berjaya mengupdate blog guna sms je hehehe.. ok ni aku bagi or kongsi sikit cara-cara nak update ok? hehe..
1) Korang pergi kat bahagian setting > email & Mobile then ikut macam dalam gambar ni..
BLOG REG [label] [emel blogger] ke 32728. Anda boleh berikan apa sahaja nama bagi ruangan [label]. BLOG REG myblog lala.123456@blogger.com
BLOG [label] [tajuk entri] # [entri blog] ke 32728. ini merupakn percubaan berani mati untuk mengupdate blog gune sms he3
Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengundi saya.. cecece.. macam anugerah AIM la pula kan? hahaha.. ok2 bukan-bukan.. ni bukan aim ok, ni aku dapat anugerah atau pun mat salleh cakap award dari cik adik manis bernama Puteri Azriha (anak raja ke?) hehehe.. akhirnya nice bloggers award berjaya aku rangkul bersama dengan beberapa lagi geng2 yang berjuang dalam bidang blogging ni hehehe..
Terima kasih sangat la diucapkan kepada puteri azriha sebab sudi nak anugerahkan blog aku ni sebagai nice blogger huhuhu.. terharu rasa bila orang hargai kita kan? hehehe.. yela, baru nak berjinak-jinak je pun dalam bidang blogging ni.. bila da dapat award, mau nyer tak semangat.. memang makin semangat la aku kan? hahaha..
walau macam mana pun setiap award pasti ada kije yang kena dilakukan hehehe.. macam biasa la tu kan.. ok untuk award kali ini, aku diminta oleh pemberi ni untuk menjawab beberapa soalan atau tag yang juga boleh dikatakan juga sebagai bancian penduduk 2010 (apa aku melalut ni?) hehe..
ok so untuk menyelesaikan misi ini, aku diminta untuk menjawab tag ini, tag nye adalah seerti berikut:
1) APE YANG BERMAIN DI FIKIRAN ANDA SEKARANG
ok sekarang ni aku tengah memikirkan orang yang aku sayang hehehe.. tettt!!!
2) APAKAH NAMA SAMARAN KORANK
mase kecik nama samaran aku satu je iaitu PIPI.. tapi sejak kebelakangan ini, banyak pula nama samaran antaranya PAPA, PAPI, BB, TUGUK dll hahaha...
3) BERIKAN 3ORANG YANG ANDA SAYANG
3 orang ye? ok 1st mak aku, 2nd ayah aku dan 3rd bakal isteri aku hehehe...
4) PANGGILAN UNTUK SI DIA
ngee~~ malu plak la haha.. ok panggilan aku untuk si dia is PAPA hehe..
5) HADIAH YANG KORANG IMPIKAN DARI SESEORANG YANG ISTIMEWA
hehe.. ala kalau cakap kat sni nanti kantoi la haha.. ok la, aku just nak hadiah yang boleh wat aku gembira hehe.. kalau senyum pun da kira ok da hehe..
6) BLOG MANA YANG KORANK SUKE VISIT N YANG LEH AKU FOLLOW GAK
ok ni aku dedahkan ok hehe.. yang paling aku suke adalah blog Misz Eskremgoreng hehehe.. sbb ade lagu best2 dalam tu.. Fida Aishah pon aku suka gak hehe.. aku suggest kn blog2 ni untuk ko visit k hehe...
7)Tag kan kepada 15 orang rakan blogger anda:
memandangkan aku x dapat nak cari sume, so aku bagi kt beberapa yang aku kenal la ok? hehe..
1) Budak Skema
2) Eskremgoreng
3) Sweet-Ants
4) Misz Nana
5) sachi-Asukai
6) Areleaf
7) Nana
aku senaraikan 6 jela ok? hehe ni la antara yang rapat ngan aku hehehe..
ok sekian sahaja misi kali ini, aku akan datang lagi dengan misi yang lain pulak.. (banyak award greeting yang tertunggak ni hehe.. )
k jumpa lagi salam semua hehehe...
hahaha macam tak percaya je kan bila tengok bunkface dalam AIM semalam. macam mana pula la diorang boleh dapat anugerah kembara tu? macam tak percaya je, ye lah kebiasaannya orang yang dapat anugerah tu semuanya otai-otai kot. ni bunkface baru setahun jagung da dapat award tu. cam pelik la pula kenapa jadi macam tu kan? hehehe..
setahu aku la, before this ada la satu otai tu yang dapat kan anugerah tu? betolkan kalau aku salah. bukan ape beb, aku rasa cam tak adil la pula kan. yela kalau kita tengok pencapaian bunkface sekarang memang superb la kan. macam-macam anugerah dia da dapat, tapi tak sangka pula anugerah macam tu punya besar. memanag sangat pelik la hehehe..
apa-apa pun, tahniah untuk bunkface sebab dapat anugerah yang tak disangka itu. so harap bunkface pasni lebih bersemangat mempersadakan industri muzik tanah air ok? jangan sampai setakat menang award je lepas tu hilang entah ke mana. tu yang kita tak nak kan? apa-apa pun, semoga berjaya kepada bunkface dalam industri muzik kita yang semakin sesak ini..
walau macam mana pun aku nak bagitau kepada semua rakyat malaysia, teruslah menyokong industri muzik kita ok? kalau bukan kita yang sokong, siapa lagi kan? tak kan nak suh orang amerika pula yang nak sokong kan? hehehe
lari topik jap, semalam yang pasti MU ku telah menang lawan sunderland hahaha. suka hati aku. yela sebab chelsea pon menang kan. so agak takut la aku bila nak tengok gam MU semalam. taku-takut MU kalah pula, mampus aku kena kutuk dengan housemate aku hahaha.. nasib la abg Nani gol kan kalau tak putih mata la MU. so dengan itu, persaingan merebut gelaran epl akan berterusan lagi sampai perlawanan yang terakhir hehehe.. fuh!! dramatika habis la season ni kan? hehehe..
pape hal pon semoga bunkface dan MU meneruskan perjuangan mereka ok? semangat itu harus ada bro baru la boleh berjaya hehehe.. ok nanti kita cerita lagi sebab aku nak pergi mengadap buku jap hahaha.. hari ni kena jadi skema jap sebab aku ada exam.. wish me luck ok? k tata semua, selamat membaca blog aku yang tak seberapa ini ok?
ok salam semua..









