What's Time Now?

Follow me and I'll follow u back (just inform k)

800 guru di Terengganu dibekal komputer riba

KUALA TERENGGANU: Seramai 800 guru sekolah rendah di negeri ini akan dibekalkan komputer riba bagi memperkemaskan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersandarkan penggunaan komputer riba mini atau e-book yang diagihkan kepada murid Tahun Empat, Lima dan Enam.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata penyerahan komputer riba yang membabitkan peruntukan lebih RM1.4 juta itu dijangka selesai dilaksanakan menjelang akhir Februari, dan untuk permulaan diberikan kepada guru yang mengajar murid Tahun Enam.

Katanya, pemberian komputer riba itu juga bertujuan meningkatkan lagi prestasi pengajaran dan pembelajaran murid serta melebarkan penguasaan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) antara murid dan guru.

"Menerusi kemudahan ini, kita berharap akan memudahkan lagi guru mengendalikan kelas maya dan penggunaan komputer pada masa depan.

"Semua guru yang akan menerima komputer itu juga akan diberi kursus khas dengan kerjasama syarikat perisian komputer Intel, bermula pertengahan bulan ini sebanyak tiga siri," katanya selepas Majlis Penghargaan Kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Terengganu 2009 di Stadium Negeri di sini, semalam.

Pada majlis itu beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada kira-kira 1,000 pelajar daripada 3,664 pelajar cemerlang yang mendapat keputusan 5A dalam UPSR tahun lalu.

Ahmad berkata, kerajaan negeri membuat pelaburan besar dalam usaha mempertingkatkan lagi mutu serta aplikasi sistem e-book dan komputer riba guru untuk kegunaan pembelajaran dan pengajaran.

Category:  
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Related Posts with Thumbnails