What's Time Now?

Follow me and I'll follow u back (just inform k)

Siapa Kata Cakap Sorang-sorang Tu Gila?


Bercakap-cakap dengan diri sendiri dapat mencetuskan semangat...


Cara paling mudah untuk kita bermotivasi pada diri sendiri adalah dengan bercakap ngan diri kita sendiri di dalam hati. Cakapkanlah apa saja pada diri Anda sendiri untuk membangkitkan rasa bersemangat yang amat kuat.

Bina attitude ‘you can do it‘. Katakan pada diri Anda berkali-kali, you can do it, you can do it, you can do it.

Jika Anda sedang merasa sukar ketika melakukan sesuatu, gunakan cara ini. Beri semangat pada diri sendiri dengan mengatakan di dalam hati..aku boleh buat, aku boleh buat, aku boleh buat”.
Kenapa mesti 3 kali? Sebab, 3 kali lebih power daripada hanya 1 kali.

Macam kita makan juga..3 kali makan lebih banyak isinya dari cuma 1 kali makan. Cara lain untuk memotivasikan diri, gunakan ayat seperti ini..”orang lain boleh buat, aku pun boleh buat. Aku boleh buat, aku boleh buat, aku boleh buat!!.”..

Mula-mula buat teknik ni, perubahnya tak berapa ketara tapi bila dah selalu selepas dua tiga  hari, Anda akan terasa perubahannya. Ini kerana minda kita amik masa untuk menghadam lalu memahami perkara-perkara baru. Bila minda dah faham, minda akan mengatur sistem saraf dan aliran darah supaya jadi seleras dengan kemahuan Anda.

Jadi, tiap kali Anda kata aku boleh buat tetiba ada timbul keyakinan tinggi yang Anda memang boleh buat, sebab Anda nampak orang lain boleh buat. Bila buat, Anda tak akan rasa ragu-ragu langsung.

Tiap kali Anda rasa tertekan sebab rasa sukar, katakan pada diri “aku boleh buat” ..Gunakan perkataan “aku boleh” lalu sesuaikan dengan situasi Anda supaya Anda jadi lebih bersemangat.

iMotivasi.com

Category:  
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Related Posts with Thumbnails