What's Time Now?

Follow me and I'll follow u back (just inform k)

Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

Prestasi sekolah meningkat, guru turut dapat imbuhan


Oleh Jalal Ali Abdul Rahim dan Shamsul Kamal Amarudin

bminggu@bharian.com.my



Insentif wang, kenaikan pangkat iktiraf tenaga pengajar: Muhyiddin

SLIM RIVER: Jika selama ini hanya pentadbir sekolah, iaitu pengetua dan guru besar diberi insentif, termasuk kenaikan pangkat kerana meningkatkan prestasi sekolah, mulai tahun depan guru turut diberi penghargaan sama.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pemberian insentif yang dilaksanakan melalui Pelan Menambahbaik Sekolah-Sekolah itu terangkum dalam baiah baru akan turut meliputi guru kerana mereka turut menyumbang kepada prestasi dan pencapaian sekolah masing-masing, sama ada di bandar atau luar bandar.

Katanya, beliau akan mengumumkan secara terperinci bentuk insentif berkenaan pada sambutan Hari Guru pada 16 Mei ini yang disifatkannya imbuhan yang 'amat baik'.
"Dalam satu sekolah, pemimpin itu adalah pengetua atau guru besar, tetapi bila sekolah itu meningkat, kita bukan saja beri (insentif) kepada pengetua saja, tetapi kepada semua.

"Guru pun dapat kerana kita mengiktiraf peranan itu bukan dimainkan seorang pemimpin dalam sekolah (saja), tetapi semua guru bekerjasama dan jika mereka (pengetua dan guru besar) dapat kredit, mereka (guru) juga dapat insentif dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan, termasuk kenaikan pangkat," katanya.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, kementerian akan mula menilai prestasi 10,000 sekolah tahun ini bagi tujuan itu.
"Prestasi yang mereka tunjukkan tahun ini akan kita ukur dan jika kedudukan mereka (sekolah) meningkat berbanding tahun sebelumnya, peningkatan itu kita ambil kira dalam memberi imbuhan," katanya pada sidang media selepas melancarkan program Juara Rakyat peringkat Negeri Perak dan kempen Jom Sokong BN (Barisan Nasional) di Tasek YDP Slim River, dekat sini, semalam.

Hadir sama isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta barisan pemimpin BN pusat dan negeri.

Timbalan Perdana Menteri diminta mengulas mengenai pemberian insentif itu yang disebut dalam ucapan pada majlis pertemuannya dengan warga pendidik Daerah Batang Padang di Politeknik Sultan Azlan Shah (Polisas) di Behrang, sebelum itu, iaitu majlis pertama dihadirinya sempena lawatan sehari ke Perak.

Mengulas lanjut baiah baru dan insentif itu, Muhyiddin berkata, ia bertujuan memberi pengiktirafan kepada pengetua dan guru besar yang menunjukkan kepemimpinan cemerlang seperti mampu meningkatkan prestasi, walaupun dengan peruntukan kecil diperoleh.
Mengenai insentif kepada pihak swasta yang membuka kelas prasekolah, beliau berkata, beliau akan mengumumkan butiran pemberian imbuhan itu minggu depan.

"Kita akan beri imbuhan dalam bentuk geran pelancaran, tetapi ini bukan bagi membayar kos untuk bina sekolah prasekolah, tetapi token yang bukan kecil bagi mereka (pihak swasta) memulakan kelas prasekolah," katanya.

Muhyiddin berkata, usaha itu bagi membantu mencapai sasaran 87 peratus kanak-kanak yang memasuki alam persekolahan formal sudah mengikuti proses pendidikan prasekolah dalam tempoh tiga tahun akan datang, berbanding tahap 67 peratus ketika ini, yang disifatkannya satu cabaran besar bagi kementerian untuk dicapai.

Dalam ucapannya sebelum itu, Muhyiddin berkata, kementerian berharap semua guru gigih bagi mencemerlangkan pendidikan negara ke tahap global dan bukan sekadar 'jaguh kampung'.

Beliau berkata, guru perlu memberi kerjasama membantu kementerian mencapai matlamat holistik digariskan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam bidang pendidikan serta melahirkan insan kamil dan modal insan berkualiti.

Berita Harian Online: 7 Mac 2010

Category:   2 Comments
Konsep ADD berkesan

Oleh Norliza Wasilan
norlizawasilan@bharian.com.my


MIOR Kamarul Shahid (kanan), bersama Adnan (dua dari kanan), beramah mesra dengan peserta bengkel ADD di Kota Bharu, baru-baru ini.
Guru akui akhbar alternatif terbaik bahan P&P

PELBAGAI sekolah mengakui pelaksanaan konsep Akhbar Dalam Darjah (ADD) yang menggunakan akhbar sebagai satu daripada bahan bantu mengajar mampu meningkatkan prestasi pelajar.

Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pintu Geng, Kota Bharu, Nik Shafna Nik Daud, 36, yang melaksanakan ADD menggunakan akhbar Berita Harian berkata, ia juga antara alternatif terbaik meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Sejak melaksanakan konsep ADD dalam kelasnya, beliau berkata, kebanyakan pelajarnya menunjukkan prestasi memberangsangkan berbanding sebelumnya.

“ADD mempunyai kelebihan tersendiri kerana P&P dapat dijalankan dengan cukup menarik termasuk menggunakan pelbagai bahan, contohnya grafik dan dan gambar berwarna-warni.

"Lagipun untuk mendapatkan Berita Harian mahupun sisipan SKOR, Minda atau Didik, seseorang pelajar hanya perlu membelanjakan kos cukup minimum," katanya ketika ditemui selepas Bengkel ADD Peringkat Kelantan anjuran Berita Harian di Kota Bharu, baru-baru ini.
Bengkel dirasmikan Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Kelantan, Adnan Mohd Noor. Hadir sama Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Berhad, Datuk Mior Kamarul Shahid.

Seramai 100 guru dari 50 sekolah menengah di Kelantan menyertai bengkel bertujuan mendedahkan mereka cara memanfaatkan bahan siaran akhbar Berita Harian, Didik, Minda dan SKOR sebagai bahan bantu mengajar.

Guru Bahasa Inggeris, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chong Hwa, Tan Boon Ai, 53, berkata ramai pelajarnya menunjukkan peningkatan penguasaan dalam bahasa berkenaan setelah melaksanakan ADD.

Sehubungan itu, beliau berharap lebih ramai guru di negara ini menggunakan konsep itu sebagai salah satu pendekatan menarik minat pelajar meningkatkan prestasi pelajaran masing-masing.
"Saya menggalakkan pelajar untuk memotong keratan akhbar sebagai kerja rumah. Dalam setahun, mereka perlu mempunyai lebih kurang 40 potongan akhbar atau tiga keratan seminggu.

"Dengan potongan akhbar ini, pelajar diminta membina dan mencari ayat sukar, seterusnya diterjemahkan menggunakan bahasa lebih mudah," katanya.

Guru Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Kebangsaan Kadok, Kota Bharu, Aziz Noor yang juga sependapat berkata, pelaksanaan konsep ADD banyak membantunya tingkatkan pengajaran dalam kelas.

Mengakui penggunaan buku teks lebih penting memandangkan soalan peperiksaan berdasarkan sumber berkenaan, namun Aziz menyifatkan penggunaan akhbar juga tidak kurang manfaatnya.


Berita Harian Online: 1 Mac 2010

Category:   2 Comments
'Pilihan raya sekolah dilarang'

Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Pengetua dan Guru Besar sekolah di seluruh negara dilarang mengadakan pilihan raya murid memilih wakil pelajar kerana pendekatan baru yang dipraktikkan beberapa sekolah itu tidak memadai berikutan faktor usia mereka yang terlalu mentah.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata arahan itu dikeluarkan Menteri Pelajaran merangkap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lalu melalui surat pekeliling yang sudah diedarkan ke semua sekolah.

Katanya, keputusan itu dibuat kerana kementerian mendapati usia murid terutama di sekolah rendah masih terlalu muda untuk berdepan sistem pilihan raya pemilihan wakil pelajar yang tidak begitu sesuai dilaksanakan.

"Tak payahlah, kalau pada peringkat IPT (Institut Pengajian Tinggi) bolehlah, mereka sudah matang. Di sekolah, sebaliknya keadaan masih terlalu awal.

"Timbalan Perdana Menteri sudah bagi arahan supaya jangan terbawa-bawa budaya pemilihan di dalam sekolah. Tak perlu bagi mereka pilih ketua murid, biarlah sekolah dan pengetua tentukan siapa yang layak," katanya kepada media sema-lam.

Sebelum itu, beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda MCA merasmikan Program Jom Jelajah Dunia di World Expo 2010, Shanghai, China anjuran Pergerakan Pemuda MCA di KL Sentral.

Beliau diminta mengulas mengenai kecenderungan beberapa sekolah menjadikan pemilihan wakil sekolah diadakan secara pengundian sama seperti pilihan raya dan menjadikannya sebagai amalan baru dalam sistem persekolahan.

Antara sekolah yang sudah melaksanakan pilihan raya murid ialah Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 (SKTTDI1) pada 11 Januari lalu apabila pemilihan ketua muridnya dikendali dan dipantau sepenuhnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wilayah Persekutuan.

Pemilihan itu menyaksikan pertandingan lima penjuru membabitkan murid Tahun Enam, meriah dengan semua calon serta penyokong masing-masing berkempen pada saat akhir bagi meraih undi sebelum pengundian bermula jam 11 pagi dan berakhir 1 tengah hari.

Khairul Azli Khairul Razi diumumkan pemenang dengan memperoleh 365 undi, mengalahkan pencabar terdekatnya, Alia Suraya Ahmad yang mendapat 281 undi, sekali gus dilantik penolong ketua murid.

Mengulas lanjut, Dr Wee sendiri baru saja menerima pekeliling baru itu beberapa hari lalu dan cukup yakin semua pengetua dan guru besar akan mematuhi arahan kementerian demi masa depan murid.

Mengenai program Jom Jelajah Dunia, beliau berkata penganjur akan memilih 2,000 belia di seluruh negara melalui konsep 'siapa cepat dia dapat' bagi memberi peluang kepada belia negara menyertai ekspo disertai belia seluruh dunia.

"Ini terbuka kepada semua kaum, bukan untuk belia MCA saja, daftar segera mulai hari ini (semalam) dengan mematuhi syarat ditetapkan. Tak ada ada masalah jika belia Islam turut serta kerana sudah dapatkan kerjasama kementerian pelancongan untuk atasi masalah makanan halal," katanya.

Berita Harian Online: 28 Februari 2010

Kementerian nafi tiada peruntukan sambutan Hari Guru

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran menafikan dakwaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bahawa tiada peruntukan disediakan bagi sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Kuantan, Pahang, 16 Mei depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, menegaskan dakwaan itu tidak benar, sebaliknya beberapa ratus ribu ringgit akan diperuntukkan bagi memastikan perayaan kali ini tetap berlangsung seperti sambutan sebelumnya, walaupun kementerian menghadapi kekangan bajet pada tahun ini.

Malah, beliau berkata, tiada sebarang anugerah utama yang `digugurkan’ pada majlis kali ini atas alasan penjimatan, sebaliknya penyelarasan sewajarnya akan dibuat terhadap penganjuran program bersesuaian dengan keperluan.

“Tidak timbul soal pembaziran kerana tujuan kementerian berbelanja menganjurkan sambutan ini adalah sebagai penghargaan dan pengiktirafan terhadap sumbangan lebih 360,000 guru di seluruh negara, sekali gus memartabatkan profesion mereka yang amat mulia.

“Perancangan rapi dibuat untuk menyambut Hari Guru di Kuantan yang dijangka dihadiri kira-kira 2,500 tetamu, malah Jawatankuasa Pengelola sudah bermesyuarat beberapa kali demi memastikan segala persediaan berjalan lancar.
“Perayaan kali ini akan diadakan seperti biasa sebagaimana tahun lalu. Selain itu, kita juga mendapat tajaan untuk menjayakan program ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Akhbar baru-baru ini melaporkan Presiden NUTP, Hashim Adnan, sebagai mendakwa sambutan Hari Guru yang bakal diadakan di Pahang, Mei depan, tidak disediakan peruntukan dan kesatuan itu tidak tahu bagaimana majlis berkenaan dapat dilangsungkan.

Sementara itu, sumber Kementerian Pelajaran ketika dihubungi pula berkata, kekangan bajet tahun ini tidak akan menjejaskan penyampaian empat anugerah utama pada majlis sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2010, termasuk dari segi ganjaran hadiah disediakan.

Katanya, empat anugerah itu ialah Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan yang dijangka membabitkan tiga penerima, sekiranya ada calon berkelayakan, dengan masing-masing bakal memperoleh hadiah wang tunai RM10,000.

Selain itu katanya, masing-masing seorang calon akan dinobatkan untuk menerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan yang juga memperuntukkan hadiah wang tunai RM10,000, Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas (RM1,000) dan Anugerah Guru Cemerlang Kurang Upaya (RM1,000).


Berita Harian Online: 20 Februari 2010

Tak layan rayuan cikgu pondan


Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad dan Mohd Zaidi Ya’acob
am@hmetro.com.my
2010/02/16

MELAKA: “Abang...tolong lepaskan saya bang, saya tak bersalah...saya (janji) tak buat lagi!“ Itulah rintihan seorang guru lelaki sebuah sekolah rendah di daerah Melaka Tengah kepada pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), ketika ditahan kerana berlagak seperti wanita di kawasan tumpuan pondan di Taman Astakona atau lebih dikenali ‘Taman Asmara’, Bandar Hilir awal pagi semalam.

DICEKUP...kakitangan Jaim bersama anggota MBMB menahan seorang guru 
lelaki berpakaian wanita, awal pagi semalam.


Operasi cegah maksiat bermula jam 2 pagi itu turut dilakukan di kawasan pasangan berdua-duaan di dalam kereta dan pusat hiburan yang beroperasi lebih masa sekitar Taman Merdeka, Bukit Rambai, Pantai Klebang, Bachang, Bukit Beruang dan di kawasan Jalan Tun Ali dan Jalan Kilang.

Ia dianjurkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan diketuai Pegawai Inspektorat dan Pembangunan Komunitinya, Mohd Derus Tompang dan turut disertai Polis Tentera.

Terdahulu, lelaki berusia 40 tahun dan mendakwa secara lisan kepada pegawai Jaim dia seorang guru Sains dan Matematik di Bukit Rambai itu cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran anggota penguat kuasa agama kira-kira jam 4.25 pagi semalam.

Namun, beliau yang ketika itu memandu kereta Proton Gen-2 gagal memboloskan diri berikutan jalan keluar dari taman itu disekat di lorong belakang Medan Selera Samudera, Bandar Hilir oleh kereta penguat kuasa. Dia yang bertubuh besar dan berambut pendek ditahan sekumpulan penguat kuasa Jaim selepas berlaku pergelutan, manakala ‘teman lelakinya’ dapat melepaskan diri.

Selepas berkali-kali merayu dan merintih, lelaki terbabit yang berasal dari Taman Desa Baru, Batu Berendam dekat sini, akhirnya pasrah apabila menyedari pegawai Jaim tidak termakan pujukan itu.

Wartawan akhbar ini yang mengikuti operasi bersepadu itu mendapati guru terbabit mengenakan gaun pendek bercorak bunga dengan mendedahkan bahagian dada dan paha serta memakai rambut palsu dan selipar labuci.

Dia kemudiannya digari dan selepas soal jawab serta dokumen peribadinya diperiksa, dia dibawa menaiki keretanya sendiri yang dipandu anggota Jaim ke Balai Polis Melaka Tengah.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, lelaki terbabit yang sudah diambil keterangannya dan dibebaskan dengan jaminan selepas dikeluarkan saman hadir di mahkamah.

Beliau berkata, lelaki terbabit disiasat mengikut Seksyen 72 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka (EKSNM) 1991 kerana berlagak seperti wanita, jika disabitkan boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-dua sekali.

Rahimi, berkata, Jaim turut menahan dua pasangan pelajar institusi pengajian tinggi di Johor yang tidur di dalam kereta berasingan berdekatan Medan Selera Samudera.


myMetro: 16 Februari 2010

Kemahiran guru

 

“JIKA hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.”
(Usman Awang, 1979)


Demikianlah sebahagian daripada kata-kata puitis nukilan Datuk Dr. Usman Awang yang menggambarkan betapa pentingnya peranan guru sebagai pembina modal insan cemerlang sejak zaman berzaman. Jika dilihat pada perkataan guru ianya tidaklah sebegitu ”glamour” jika dibandingkan dengan perkataan lain seperti penolong pengarah, doktor, pengurus dan sebagainya.

Manakala persepsi masyarakat terhadap profesion perguruan pula membayangkan tentang ruang cuti yang banyak, masa kerja yang terhad, bidang tugas yang mudah serta hasil pulangan yang terjamin.

Mungkin inilah agaknya permohonan untuk menjadi guru berlipat kali ganda banyaknya setiap tahun termasuk mereka yang sudah mendapat kerja tetapi sanggup mengorbankan pekerjaan mereka walaupun sudah beroleh pendapatan yang agak lumayan.

Mereka menarik nafas lega apabila permohonan untuk mengikuti kursus perguruan diluluskan.
Biar apa sahaja persepsi orang terhadap profesion perguruan tetapi sebagai seorang guru tugas dan tanggungjawab adalah terletak kepada kemahiran mendidik anak-anak. Biar setinggi mana ijazah yang dimiliki tetapi jika seseorang guru tidak memiliki kemahiran yang sewajarnya maka perkataan seperti ”pengajaran cikgu membosankan” ”cikgu ajar tak seronok” akan keluar dari mulut murid-murid yang mungkin memberi gambaran bahawa pengajaran guru tersebut tidak berkualiti bukan hanya dari aspek isi pengajaran atau perancangan tetapi dari aspek strategi sistem penyampaian.

Bagi menangani masalah ini seseorang guru terutamanya bagi mereka yang baru dalam bidang profesion perguruan ini harus mempunyai beberapa kemahiran sebagai nilai tambah dalam proses wewujudkan pengajaran yang berkesan. Dick & Reiser, (1990) pernah mendefinisikan pengajaran berkesan iaitu selain daripada kemampuan menerapkan pengetahuan, kemahiran dan sikap, guru juga harus mampu mewujudkan keseronokan belajar di kalangan murid.

Di antara langkah yang mampu membentuk kemahiran strategi penyampaian dalam mewujudkan suasa pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan ialah seperti berikut:

a. Mengenali & menjiwai ciri-ciri diri murid: Sebagai ibu atau bapa kepada murid-murid di sekolah, guru bukan sekadar mengenali nama sahaja tetapi harus menjiwai mereka. Ini bermaksud guru seharusnya memahami kehendak, tabiat, sikap, tingkahlaku yang merangkumi aspek kekuatan dan kelemahan muridnya mengikut tahap umur masing-masing. Proses ini seharusnya berlaku apabila seseorang guru itu mula melangkah ke bilik darjah pada hari pertama dan dilakukan secara santai melalui proses interaksi 2 hala.

b. Kreatif & inovatif: Memang mudah untuk mengajar iaitu hanya memerlukan sukatan pelajaran, rancangan pelajaran serta bahan pengajaran. Walau bagaimanpun adalah agak sukar untuk menyampaikan pengajaran agar ianya dapat difahami dan tidak menjemukan. Oleh itu guru harus kreatif dan inovatif dalam penyampaiannya. Seperti juga sebagai seorang pelakon guru harus bijak memainkan peranannya dalam pelbagai situasi untuk menarik minat murid ke arah penumpuan pembelajaran. Guru yang kreatif dapat mengintegrasikan pelbagai bahan, kaedah dan teknik dalam penyampaiannya. Penghasilan, penciptaan dan pengubahsuaian bahan serta corak pembelajaran menjadikan ianya lebih inovatif serta mampu melibatkan diri murid-murid dalam sesuatu aktiviti pembelajaran.

c. Kecindan: Seseorang guru tidak semestinya garang dan tidak pula terlalu lembut dengan murid-muridnya tetapi apa yang disukai oleh pelajar ialah guru yang mempunyai unsur kecindan dalam penyampaian. Unsur kecindan ialah kata-kata atau perlakuan yang berunsur jenaka yang tidak keterlaluan bertujuan untuk menimbulkan rasa seronok serta menghilangkan tekanan sewaktu berlakunya sesi pengajaran dan pembelajaran.

Seorang guru yang berkesan ialah mereka yang disegani dan dihormati oleh murid. Manakala prestasi guru yang cemerlang pula bukan hanya terletak kepada nama pangkat atau jawatan tetapi mereka yang mampu membuat penyampaian yang menarik, kreatif dan inovatif serta mampu memberi pemahaman sepenuhnya kepada murid dengan penuh bertanggungjawab.

SANTAPAN MINDA Oleh DR. ISMAIL ZAIN (drismailzain@yahoo.com)

Category:   4 Comments
KSSR terap 1Malaysia

KURIKULUM baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif.

Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.


 KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka. 


Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR.

Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.

Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009.

Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih.

KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.

Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.

Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh negara.

Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M.

KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah.

Atasi murid lembam

PENDEDAHAN penggunaan Akhbar Dalam Darjah (ADD) di kalangan peserta Kursus Literasi (LINUS) Bahasa Melayu Tahun Satu 2010 anjuran Bahagian Pendidikan Guru dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Selangor, di Kuala Lumpur, baru-baru ini dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran guru, sekali gus minat belajar di kalangan murid.

Dengan tahap pencapaian murid yang dikategorikan sebagai lembam, guru perlu bijak mempelbagaikan teknik pengajaran supaya wujud situasi pembelajaran menarik dan berkesan.

Penyelia Bahasa Melayu, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Yusuf Abdul, berkata pelbagai bahan seperti berita, gambar, iklan, kartun dan komik boleh digunakan guru melaksanakan proses pengajaran dengan lebih menarik menerusi kegiatan yang dirancang.

Katanya, selain menanam minat membaca di kalangan murid, guru boleh menggunakan kreativiti masing-masing membina bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih berkesan.

“Sejajar konsep pemusatan pelajar, akhbar sesuai digunakan kerana pendekatan dilaksanakan memberi fokus kepada murid.

“Berdasarkan gambar misalnya, murid boleh menjalankan kegiatan seperti bercerita, membina ayat dan menulis karangan,” katanya ketika ditemui selepas bengkel ADD, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Seramai 180 guru dari daerah Sepang, Hulu Langat dan Klang menyertai bengkel yang dikendalikan Pengarang Berita Pendidikan (Projek), Berita Harian, Tamrin Anuar.

Lebih 650 guru dari seluruh negeri mengikuti LINUS Bahasa Melayu secara berperingkat dan dijangka berakhir 12 Februari ini bertujuan mendedahkan mereka teknik dan strategi P&P.

Sementara itu, seorang peserta, Ummal Salamah Sultan, dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Changkat Asa, Ladang Changkat Asa, Hulu Selangor, berkata berdasarkan pengalamannya, akhbar mampu membantu meningkatkan keberkesanan pengajarannya dan mudah difahami murid.
Katanya, beliau sering menggunakan akhbar Berita Harian dalam bilik darjah dan kesannya amat positif, malah kini muridnya membawa akhbar sendiri walaupun tidak disuruh berbuat demikian.

“Saya mencadangkan guru mengambil inisiatif menggunakan akhbar ini bagi membantu mereka, khususnya dalam usaha membantu murid lemah menguasai kemahiran membaca dan menulis,” katanya.

LINUS Bahasa Melayu adalah transformasi pendidikan yang akan dilaksanakan Kementerian Pelajaran pada 2011 bertujuan membantu murid yang gagal menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).

Oleh Tamrin Anuar
amri@bharian.com.my

Berita Harian Online, 
Isnin 08 Februari 2010

Majlis Permuafakatan Pendidikan peringkat Parlimen

JERLUN 5 Feb. - Kementerian Pelajaran bercadang menubuhkan Majlis Permuafakatan Pendidikan peringkat Parlimen bagi membolehkan agenda memartabatkan pendidikan negara dilakukan dengan lebih sistematik dan menyeluruh.

Timbalan Menterinya, Dr. Puad Zarkashi berkata, organisasi itu bakal dipengerusikan oleh seorang wakil rakyat khususnya ahli Parlimen di kawasan masing-masing.

Katanya, ia turut dianggotai oleh wakil daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD); Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG); badan-badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pendidikan tempatan dan polis.

"Isu pendidikan tidak boleh diselesaikan secara berasingan. Ia perlu ada permuafakatan di kalangan mereka yang terlibat dalam bidang itu.

"Apabila ada penyertaan semua pihak termasuk wakil PPD di dalam organisasi itu, isu pendidikan di sesuatu kawasan itu akan lebih cepat sampai untuk tindakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan PIBG di dalam daerah Kubang Pasu di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Bendahara, Kodiang di sini hari ini.
Hadir sama Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir dan Pengarah Pelajaran negeri, Shahidan Abd. Rahman.

Puad berkata, penubuhan majlis permuafakatan berkenaan membolehkan setiap Parlimen memberi fokus kepada usaha memperkasakan agenda pendidikan di kawasan mereka.

Selain itu, katanya, ia juga memudahkan tumpuan pengisian program dan bantuan diberikan.
"PPD turut mendapat maklumat yang lebih telus kerana ada perbincangan antara semua pihak yang menyertai majlis permuafakatan ini. Hubungan sesama mereka juga akan menjadi lebih rapat," ujarnya.
Menurut beliau, rangka cadangan penubuhan organisasi tersebut telah siap dan akan diajukan kepada
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk penilaian akhir.

Kata beliau, jika Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berpuas hati dengan cadangan itu, maka ia akan dibawa ke Kabinet.

Dalam pada itu, mengulas mengenai rayuan seorang imam masjid di Kuala Terengganu supaya Kementerian Pelajaran meneliti semula kandungan buku teks Pendidikan Islam Tingkatan Empat kerana mendakwa berlaku kesalahan yang boleh mengeliru dan menjejaskan akidah pelajar, Puad berkata, beliau akan meminta Bahagian Pendidikan Agama Islam menyemak perkara tersebut.


Utusan Malaysia Online: 6 Februari 2010

SBT penanda aras baru - TPM

NUSAJAYA 4 Feb. - Penyenaraian 20 buah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang diumumkan baru-baru ini bukan sahaja untuk menaik taraf sekolah tersebut, malah ia menjadi satu penanda aras baru dalam pembangunan dan mutu pendidikan di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengumuman itu akan membolehkan semua sekolah mengetahui senarai SBT dan mereka akan berusaha gigih ke arah mencapai kriteria tersebut.
"Tetapi saya juga sedar memang ada perbezaan dan jurang dari segi taraf pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar terutamanya di pedalaman Sabah dan Sarawak yang daif.

"Tetapi dengan cara begini (SBT), kita harap sekolah lain akan mencapai taraf SBT. Sekolah yang di bawah pun cemerlang juga, cuma dia tidak dapat memenuhi kriteria yang ketat. Dia cemerlang tetapi di bawah dan kita harap mereka akan terus meningkat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Stadium dan Kompleks Sukan Educity@Iskandar di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman; Pengerusi Iskandar Investment Bhd. (IIB), Tan Sri Azman Mokhtar dan Ketua Pegawai Eksekutif IIB, Arlida Ariff.

Beliau mengulas kebimbangan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo bahawa langkah kerajaan menyenaraikan 20 buah (SBT) akan melebarkan lagi jurang kualiti pendidikan di bandar dan luar bandar.

Mohamad Khir juga mempersoalkan tindakan kerajaan mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM700,000 setahun kepada SBT, tetapi pada masa sama memotong bajet sekolah biasa sehingga menjejaskan banyak aktiviti pendidikan.

Muhyiddin berkata, mengikut Indeks Prestasi Utama (KPI) Kementerian Pelajaran, pihaknya menyasarkan 20 buah SBT, manakala 30 buah pada tahun depan sebelum jumlahnya meningkat kepada 50 buah menjelang 2012.

Beliau berkata, kementeriannya dalam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) menyasarkan dapat mewujudkan 100 buah SBT.
"Tetapi kita tidak mahu dengan ada SBT ini, sekolah-sekolah lain menjadi tidak penting. Hanya 20 buah SBT sedangkan kita ada kira-kira 10,000 sekolah di seluruh negara.

"Tumpuan masih diberikan kepada semua sekolah dan kita hendak pastikan yang mana belum cemerlang akan meningkat, manakala yang sudah cemerlang akan naik ke tahap yang lebih tinggi," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, selain SBT Kementerian Pelajaran akan mengambil langkah dengan memulakan program 'hand holding' antara Sekolah Berprestasi Rendah (SBR) dengan 27 Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di negara ini.

Beliau menjelaskan, menerusi program itu, setiap IPGM akan mengambil sebuah sekolah yang masih berada di tahap pretasi rendah.
"Sudah pasti sekolah ini tidak akan naik ke SBT, tetapi jika dapat meningkat 20 hingga 30 peratus daripada tahap sekarang, ia merupakan satu pencapaian," katanya.

Salah satu lagi NKRA ialah insentif kepada pengetua dan guru besar yang berjaya mencapai tahap yang lebih tinggi.
"Insentif ini bukan sahaja untuk pengetua dan guru besar, malah seluruh guru di sekolah tersebut agar mereka bersama-sama berusaha untuk meningkatkan tahap sekolah," katanya.
Utusan Malaysia Online: 5 Februari 2010

NUTP syor guru baru wajib ke pedalaman

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan guru yang menamatkan latihan perguruan wajib berkhidmat di pedalaman dan luar bandar sebagai mengatasi kekurangan tenaga pengajar di kawasan itu.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata tenaga pendidik terutama mereka yang belum berkeluarga sesuai mengisi kekosongan di kawasan itu selain membolehkan golongan terbabit mendapat pengalaman baru.

“Perkara ini sudah lama dibangkitkan iaitu menghantar guru berkhidmat di pedalaman bagi tempoh tertentu. Namun, saya rasakan kini tiba masanya perkara ini diperluaskan semula.

“Perkara ini mungkin menyulitkan bagi guru yang sudah berumur dan berkeluarga kerana mereka mempunyai tanggungjawab besar,” katanya, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kemungkinan Kementerian Pelajaran mewajibkan guru ke pedalaman untuk tempoh tertentu bagi mengatasi kekurangan tenaga pengajar.

Hashim berkata, pihaknya yakin tindakan itu turut menguji kewibawaan guru selain bersedia dari segi mental dan fizikal jika dihantar ke kawasan terbabit.

Sementara itu, Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) yang turut menyokong yakin tindakan mampu mempertingkatkan kualiti pendidikan di pedalaman.

Presidennya, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata kementerian juga perlu mempertimbangkan khidmat di kawasan berkenaan sebagai syarat pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat guru.

“Guru yang diarahkan untuk berkhidmat di luar bandar dan pedalaman harus menerima tanggungjawab itu dengan hati terbuka kerana sumbangan mereka amat penting terutama memastikan murid dan pelajar di kawasan berkenaan menerima pendidikan yang secukupnya,” katanya.

Berita Harian Online: 3 Februari 2010

Kementerian Perjelas Tiada Kes Lebihan Guru

Apa itu guru cemerlang?

Apa itu guru cemerlang? pasti ada dalam kalangan kita yang tidak jelas apakah yang dimaksudkan dengan guru cemerlang. Ada juga yang masih tidak mengerti definisi sebenar guru cemerlang. Guru cemerlang bukan sahaja hanya cemerlang dalm mendidik anak muridnya, tetapi status sebagai guru cemerlang lebih besar pengertiannya dan juga lebih besar aspek yang perlu dilihat dalam status tersebut. Seperti didefinisikan:


“Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” - Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang


Pengetua, Penolong Pengetua, Guru Besar dan Pegawai Pendidikan.

Jawatan-jawatan yang dinyatakan tadi merupakan antara jawatan yang tertinggi dalam bidang perguruan. Kenaikan pangkat dalam bidang perguruan cenderung untuk menjauhkan guru daripada melibatkan diri dalam pengajaran di bilik darjah.

Secara tidak langsung, bidang perguruan kehilangan guru-guru yang pakar dan berdedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka dinaikkan pangkat.

Menyedari hakikat tersebut, kenaikan pangkat Guru Cemerlang diperkenalkan mulai 1993 sebagai peluang kenaikan pangkat yang lebih baik bagi guru gemilang yang tidak meninggalkan bilik darjah.

Objektif kenaikan pangkat Guru Cemerlang

  • Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing.
  • Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
  • Menjadikan Guru Cemerlang role model kepada guru lain.
  • Meningkatkan motivasi guru.
  • Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang.
  • Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.
  • Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran.
  • Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara laluan laju (fast track), khas Untuk Penyandang (KUP)
Sebagai bakal pendidik, kita harus tahu hal-hal berkaitan dengan profesion yang akan ditempuhi tidak lama lagi. Jangan jadi guru yang hanya tahu mengajar tapi tidak tahu apa yang di ajar kepada anak muridnya. Pengetahuan merupakan senjata untuk kita maju setapak kehadapan.

Jika anda ingin lebih info mengenai dunia pendidikan nasional, anda boleh pergi ke pautan yang telah saya sediakan untuk rujukan anda.

Berhati-hati timbang syarat lulus BI untuk SPM

Kerajaan sedang mempertimbangkan syarat lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris (BI) untuk memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2012. Hal ini telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran dan Timbalan Menteri Pelajaran Dr. Mohd Puad Zarkashi.
Pertimbangan ini selaras dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang menggantikan dasar PPSMI.

Jika syarat tersebut diluluskan, untuk memperoleh SPM, pelajar- pelajar mesti lulus bahasa Inggeris. Ini adalah langkah yang terbaik untuk memastikan pelajar lepasan sekolah menengah kita menguasai bahasa tersebut yang akan berguna dalam kehidupan mereka selanjutnya.
Namun demikian, sebelum sebarang keputusan dibuat tentang hal tersebut, wajarlah di ambil kira beberapa perkara. Pertama, apakah matlamat sebenar kelulusan Bahasa Inggeris itu diperlukan? Kedua, hendaklah dipastikan tidak ada pihak yang melatah-latah atau mengada-ngada untuk mewajibkan pula kelulusan Bahasa Inggeris tanpa mengira keperluan bidang dan latar sektor pengajian atau pekerjaan yang bakal diceburi.

Secara umumnya terdapat dua matlamat penguasaan bahasa Inggeris; satu untuk tujuan komunikasi, dan kedua untuk tujuan akademik. Sebelum memutuskan kelulusan itu, kerajaan perlu terlebih dahulu menetapkan matlamat yang mana menjadi fokus. Hal ini kerana kedua-duanya akan menentukan ciri pedagogi yang akan diaplikasikan dalam bilik darjah. Matlamat akan menentukan jenis bahan, pendekatan, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan dalam bilik darjah.
Sebagai perbandingan, jika untuk tujuan komunikasi isi kandungan pengajaran perlu lebih bersandarkan pengetahuan am, isu semasa dan bersifat pragmatik. Strategi sebegini akan menimbulkan minat pelajar kerana mereka dapat menghayati kepentingan menguasai bahasa itu.

Mereka juga boleh menggunakan secara praktis dalam kehidupan sehari-harian. Sebenarnya ramai pelajar yang tertanya-tanya tentang keperluan menghafal segala macam hukum tatabahasa dan sistem-sistem bahasa itu yang diajarkan dalam kelas, tanpa mengetahui kegunaannya di luar bilik darjah.
Bagi tujuan akademik pula, secara umumnya kita melihat pelajar-pelajar yang menyambung pengajian di luar negara, tidak menghadapi masalah besar untuk menguasai bahasa Inggeris walaupun mereka mempelajari ilmu-ilmu asas di peringkat rendah dan menengah menggunakan bahasa Melayu. Tambahan pula dalam persekitaran yang memaksa mereka menguasai bahasa itu, bahasa Inggeris tidak menjadi halangan untuk mereka berjaya dalam pengajian mereka.

Kerajaan juga perlu bersedia mengawal pihak-pihak yang sengaja mengambil kesempatan atas kelulusan syarat tersebut dengan menetapkannya pula dalam sektor pekerjaan. Sama ada dalam sektor awam mahupun swasta, tanpa mengira keperluan dan latar sesuatu pekerjaan.
Kita telah melihat banyak majikan yang menetapkan kelulusan bahasa Inggeris sebagai salah satu syarat memohon pekerjaan. Malahan, ada pula majikan yang mengambil kesempatan dengan sengaja menetapkan keperluan bahasa selain daripada bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris untuk memohon pekerjaan di agensi mereka.

Akibatnya, ramai dalam kalangan pelajar lepasan sekolah mahupun institusi pengajian tinggi yang gagal memohon pekerjaan walaupun memiliki kelayakan akademik yang sesuai, hanya kerana lemah atau tidak lulus bahasa Inggeris.
Jika para majikan ini mendesak juga, mereka perlu diminta supaya bersikap adil dengan mengklasifikasikan jenis kelulusan yang dikehendaki.
Dengan itu, mereka bolehlah menentukan calon yang sesuai dengan latar bidang pekerjaan yang hendak ditawarkan.

Dalam pada itu, kerajaan juga mestilah memastikan bahawa tidak ada pihak yang 'menahan lukah di pergentingan' dengan mengambil kesempatan daripada keputusan yang dibuat.
Selalunya apa sahaja dasar yang diputuskan akan ditafsirkan sehingga mendatangkan laba oleh para oportunis dan pihak yang bijak memanipulasi keadaan. Bertopengkan pelbagai program sokongan seperti penerbitan bahan pembelajaran, perbengkelan, kursus, ceramah, dan sebagainya, akhirnya ibu bapa yang menanggung beban, manakala para pelajar pula kehilangan fokus dan menjadi semakin kalut.
Akhir sekali kerajaan sendiri juga perlu tidak terbawa-bawa dengan dasar tersebut sehingga melupakan pula bahasa Melayu. Pastikan 'yang dikejar dapat, yang dikendong tidak berciciran'.

Dr. Sharifudin Lubis,
Universiti Putra Malaysia

Utusan Malaysia Online: 3 Februari 2010

Tiga inisiatif utama tingkat UPSI

Oleh Ihsan Noorzali
bhvarsiti@bharian.com.my

WARGA Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) digalak membudayakan inovasi dan kreativiti dalam semua aspek bagi melonjak kecemerlangan universiti.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Aminah Ayob, berkata tiga inisiatif utama akan dilaksana di UPSI bagi menjayakan hasrat itu iaitu Inovasi Teknologi, Sosial dan Nilai.

Inovasi Teknologi, katanya, membabitkan proses meningkatkan kecekapan sementara Inovasi Sosial untuk kebaikan masyarakat serta Inovasi Nilai untuk memberi nilai yang lebih baik sekali gus meningkatkan kualiti.

“Pembudayaan inovasi dan kreativiti di UPSI selaras hasrat Perdana Menteri yang mengisytiharkan 2010 sebagai Tahun Kreativiti dan Inovasi.

“Antara lain, UPSI kini mengusahakan pelaksanaan E-Urusan mengikut peraturan dan prosedur kerja ISO 9001:2008 sebagai inisiatif inovasi dalam tadbir urus bagi tahun ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Naib Canselor bertema ”Budaya Inovasi Menjana Kebitaraan” di Dewan SITC, UPSI Tanjung Malim, baru-baru ini.

Aminah berkata peningkatan kualiti pendidikan guru akan terus dilaksanakan antara lain dengan mewajibkan mereka menjalani modul Bahasa Inggeris Komprehensif dan kursus Bahasa Inggeris Immersion supaya graduan universiti itu mempunyai tahap penguasaan lebih tinggi bagi bahasa antarabangsa berkenaan.


 
Suasana di hadapan pintu utama Universiti Pendidikan Sultan Idris.


Beliau turut mengingatkan pensyarah supaya memberi fokus kepada pembelajaran, bukan pengajaran saja dengan memperbanyakkan tutorial, mementingkan interaksi dalam kumpulan kecil bagi membina kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan, kepimpinan dan kemahiran sosial.

“Langkah seumpama ini diharap dapat menghasilkan graduan UPSI yang lebih berkualiti, cekap mengajar, berilmu tinggi, pandai bermasyarakat serta global tetapi pada masa sama mempunyai semangat patriotik,” katanya.

20 sekolah hebat

Kumpulan pertama Sekolah Berprestasi Tinggi diberi autonomi

PUTRAJAYA: Misi mengangkat sekolah negara ini ke taraf dunia bermula semalam dengan pemilihan kumpulan pertama 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan.

Autonomi itu antara lain memberi kelonggaran memanjangkan waktu persekolahan, menamatkan tempoh persekolahan pelajar cemerlang setahun lebih awal, mengagihkan kewangan mengikut keperluan serta mengambil kakitangan berdasarkan pencapaian dan bukan kekananan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata SBT dibimbing dan dipantau secara khusus menjamin berlaku lonjakan prestasi secara berterusan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata penilaian SBT akan dibuat berdasarkan laporan tahunan petunjuk keberhasilan dan pemeriksaan sekolah mengikut Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang diubah suai.

Beliau bagaimanapun menjelaskan SBT bukan sekolah elit untuk sebilangan kecil pelajar, sebaliknya semua sekolah mempunyai peluang sama dan boleh bersaing ‘di padang sama rata’ bagi mendapat pengiktirafan itu.

“Tahun ini kita sasarkan 20 sekolah mengikut sub Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) kementerian, manakala 30 pada tahun depan dan 50 lagi pada 2012,” katanya pada sidang media mengumumkan senarai kumpulan pertama SBT yang meliputi 14 sekolah menengah (SM) dan enam sekolah rendah.

SM yang terpilih termasuk empat sekolah harian, iaitu SM Kebangsaan (P) Sri Aman, Petaling Jaya; SMK Sultanah Asma, Alor Setar; SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan SMK (P) St George, Pulau Pinang.

Muhyiddin berkata, 20 sekolah berkenaan dipilih daripada 10,000 sekolah di seluruh negara berdasarkan kriteria tertentu termasuk menunjukkan pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Mengenai nasib sekolah pedalaman, Muhyiddin berkata, mungkin mereka akan menghadapi cabaran kerana kemudahan yang belum setara dengan sekolah bandar, tetapi tetap boleh diiktiraf sebagai SBT jika memenuhi kriteria.
"Ini bukan usaha jangka pendek dan tak mungkin semua 10,000 sekolah naik ke tahap begitu, di mana dunia pun tidak begitu, tetapi tak kira bandar, luar bandar atau pedalaman, kalau prestasi bagus dia akan diiktiraf SBT manakala kemudahan di pedalaman kita akan terus perbaiki," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian belum ada mekanisme khusus mengenai langkah autonomi SBT yang membenarkan tempoh persekolahan ditamatkan setahun lebih awal bagi murid cemerlang.

"Panduan kasarnya ialah kerajaan berasakan pelajar cemerlang dibenarkan menamatkan persekolahan setahun lebih awal, tetapi ia akan bergantung kepada cadangan pengetua dan guru besar,” katanya.

SEKOLAH TERPILIH SBT

Sekolah Berasrama Penuh:

  • Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru)
  • Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban)
  • Kolej Melayu Kuala Kangsar
  • Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
  • Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
  • Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
  • Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang)
  • Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis)
  • Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
  • SMS Muzaffar Syah (Melaka)


Sekolah Menengah Harian:
  • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya)
  • SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur)
  • SMK Sultanah Asma (Alor Setar)
  • SMK (P) St George (Pulau Pinang)


Sekolah Rendah:
  • Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL)
  • SK Taman Tun Dr Ismail 1 (Kuala Lumpur)
  • SK Bukit Damansara (KL)
  • SK Zainab (2) (Kota Bharu)
  • SK Convent Kota (Taiping)
  • SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Bahru)


Sekolah diberi autonomi:
  • Fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi subjek wajib dan elektif
  • Boleh menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa lain.
  • Kelonggaran menetapkan waktu pengajaran minimum sesuatu mata pelajaran.
  • Memanjangkan waktu persekolahan.
  • Membenarkan tempoh persekolahan bagi pelajar cemerlang ditamatkan setahun lebih awal (seperti kelas lompat).
  • Fleksibiliti untuk mengagihkan kewangan mengikut keperluan.
  • Pengecualian daripada perolehan secara berpusat.
  • Bajet tambahan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun.
  • Mengambil staf berdasarkan prestasi pencapaian dan bukan kekananan.
  • Boleh menyediakan bayaran kerja lebih masa dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf.
  • Boleh memindahkan staf jika prestasi kurang memuaskan.
  • Pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik.


Kriteria pemilihan SBT :
  • Pencapaian akademik yang cemerlang.
  • Melahirkan personaliti unggul.
  • Merangkul anugerah kebangsaan dan antarabangsa.
  • Mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi.
  • Mempunyai permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan antarabangsa.
  • Menjadi penanda aras kepada sekolah dalam dan luar negara.

Timur: 20 terima anugerah guru unggul

KUALA TERENGGANU: Seramai 20 guru menerima Anugerah Guru Unggul Pendidikan Terengganu ExxonMobil 2009, yang diadakan sebagai pengiktirafan di atas sumbangan dan perkhidmatan cemerlang mereka melonjak dan memartabatkan sektor pendidikan di negeri ini.

Majlis anugerah anjuran syarikat cari gali minyak dan gas terkemuka, ExxonMobil itu turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yang menyampaikan hadiah wang tunai RM1,500, sijil dan plak kepada penerima.

Pengarah Urusan Perniagaan Subsidiari ExxonMobil, Fatimah Merican, berkata majlis penganugerahan itu diadakan untuk menghargai guru yang menunjukkan pencapaian serta prestasi cemerlang dalam membentuk dan memperkasakan pendidikan anak negeri ini.

"Di ExxonMobil, kita percaya pentingnya memiliki pembangunan modal insan yang kuat. Oleh itu, kita sentiasa menyokong usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan kesedaran kepada rakyat mengenai kepentingan pendidikan yang baik. Kita percaya pendidikan terbaik adalah kunci kepada pembangunan dan perkembangan ekonomi," katanya.

Guru sejarah, Hasnizam Mat Hassan, 42, dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit, berkata dia terharu apabila terpilih menerima pengiktirafan itu dan menganggap ia menjadi motivasi serta dorongan untuknya memberi perkhidmatan lebih baik untuk anak bangsa.

"Saya memang sangat terharu dan gembira di atas pengiktirafan ini. Anugerah ini terlalu besar ertinya buat saya. Sebelum ini saya pernah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang pada 1998 dan 2005 dan pernah menjadi penerima anugerah termuda iaitu sebelum usia 30 tahun,” katanya.
Guru Matematik Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Guling, Marang, Mohd Reduzan Kadir, 52, berkata beliau gembira menerima anugerah itu dan menyifatkan kejayaannya itu juga adalah berkat sokongan kerajaan negeri yang banyak menyumbang kepada pembangunan pendidikan negeri.

"Bagi saya, tiada negeri lain yang menunjukkan komitmen serta sumbangan sebegini hebat untuk meningkatkan taraf pendidikan rakyat, melainkan Terengganu,” katanya.

Sementara itu, penerima tunggal guru berbangsa India, K N Rema, 40, dari Sekolah Kebangsaan Ayer Putih, berkata, beliau seronok menjadi guru di Terengganu dan tidak pernah terfikir untuk pulang ke negeri kelahirannya, Selangor.
Berita Harian Online: 22 Januari 2010

Sekolah prestasi tinggi diumum esok

MIRI 21 Jan. - Timbalan Perdana, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan mengumumkan nama 20 sekolah berprestasi tinggi (SBT), Sabtu ini.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, sekolah yang dipilih adalah antara 10,000 sekolah di negara ini yang telah menjalani penilaian pada tahun lalu.
Menurutnya, pemilihan sekolah berkenaan dibuat berdasarkan prestasi dan pencapaian akademik serta kurikulum sekolah, hasil usaha dan kerjasama kepimpinan sekolah, pelajar serta ibu bapa.
"Apabila sekolah ini telah terangkum sebagai sekolah terbaik, kita akan pastikan supaya mutunya tidak menurun.
"Kita mahu tingkatkan supaya ia menjadi sekolah contoh kepada sekolah lain supaya mereka dapat berdiri sama tinggi dengan sekolah berprestasi tinggi itu," jelasnya.

Beliau berucap merasmikan Sekolah Kebangsaan Kampung Bakam yang menelan kos RM17 juta di sini hari ini. Turut hadir, Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; kedua-dua timbalannya, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam dan Tan Sri Alfred Jabu Numpang serta Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom.
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri meminta rakyat supaya tidak salah faham berhubung pengumuman SBT.
Muhyiddin menegaskan, sekolah berkenaan bukan sekolah istimewa atau sekolah elit yang akan menerima lebih peruntukan berbanding sekolah lain.
"Mereka adalah sama, tetapi berdasarkan usaha yang dilakukan pengetua, guru besar, ibu bapa, pelajar dan guru serta bantuan kerajaan maka mereka dapat meningkat dari segi prestasi dan pencapaian dalam bidang akademik dan kurikulum," jelasnya.

Menurutnya, SBT merupakan satu daripada empat sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi Kementerian Pelajaran iaitu menyediakan akses kepada pendidikan yang berkualiti.
Beliau menambah, mulai tahun depan, kementerian akan memberi ganjaran kepada pengetua atau guru besar serta semua guru di sekolah yang mencapai kemajuan cemerlang daripada aspek akademik dan kokurikulum.
Tanpa menyebut bentuk ganjaran itu, beliau berkata, pemberian tersebut akan mengambil kira prestasi dicapai sekolah yang dinilai untuk tahun ini.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, beliau percaya bidang pendidikan tetap diberi perhatian dan mendapat peruntukan lebih besar dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
"Kita harap dengan sokongan semua pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bidang pendidikan akan terus diberi perhatian serius dan saya harap perbelanjaan lebih besar akan disediakan," katanya.
Utusan Malaysia Online: 22 Januari 2010

Pelajar rindu pujian guru

Oleh ANUAR AHMAD
Penulis pernah ditanya oleh pelajar di dalam dewan kuliah, apakah asas penting di dalam membina hubungan guru dan pelajar di dalam sekolah atau bilik darjah dan bagaimanakah bentuk hubungan guru-pelajar yang seharusnya wujud di persekitaran sekolah dan bilik darjah.
Jawapan penulis ialah tahap hubungan kasih sayang. Elemen ini adalah asas dan nyawa kepada hubungan guru-murid terutama di dalam pendidikan sekolah rendah. Di peringkat sekolah menengah dan pendidikan tinggi, selain kasih sayang antara guru dan pelajar, tumpuan adalah pembinaan tanggungjawab merupakan elemen penting sebagai asas hubungan antara guru dan pelajar.
Jadi bagaimana kasih sayang ini dilaksanakan? Jawapannya dengan sentiasa memberikan pujian-pujian yang ikhlas dan tepat kepada para pelajar. Tentu sahaja guru juga boleh menerima pujian daripada pelajarnya.
Maka ucapan 'terima kasih', 'tahniah', 'bagus', 'saya bangga' dan pujian seumpamanya patut diamalkan secara ikhlas dan berterusan di sekolah. Kajian pendidikan membuktikan bahawa pujian merupakan kaedah utama dan berkesan untuk membina hubungan kasih sayang di sekolah.
Bagaimana jika pelajar melakukan kesalahan atau kesilapan. Maka mereka seharusnya diberikan nasihat yang tepat dan jelas oleh para guru. Apa yang pasti, memukul sesuka hati bukanlah amalan pendidikan yang sesuai untuk pendidikan di peringkat sekolah rendah.
Sedih rasanya melihat bagaimana ada guru yang sanggup menyakiti tubuh anak-anak kecil yang kononnya dikatakan nakal, tidak mematuhi arahan atau membuat bising di dalam bilik darjah.
Sebenarnya, atas apa jua alasan guru tersebut, hukuman tidak sekali-kali boleh dilaksanakan sehingga membawa kesakitan kepada pelajar. Amalan 'memukul' dengan tujuan menyakiti tubuh anak-anak kecil terutama di bahagian badan yang sensitif dan lemah tidak pernah dianjurkan oleh mana-mana agama dan kepercayaan.
Menyakiti pelajar seperti deraan adalah sesuatu yang keji dan tidak berperi-kemanusiaan. Biarlah apa pun kesalahan anak-anak di peringkat sekolah rendah, hukumannya sama sekali tidaklah boleh sampai kepada memukul, menumbuk atau menampar muka dan badan pelajar.
Saintis terkenal, Albert Einstein pernah berkata bahawa makna kepada pendidikan ialah sesuatu yang masih diingati oleh seseorang apabila beliau sudah terlupa tentang semuanya tentang zaman persekolahannya dahulu.
Maka apa yang masih terus diamalkan atau digunakan sebagai panduan hidup itulah ilmu hasil didikan daripada bekas guru-gurunya. Selama belasan tahun di sekolah, biasanya lebih banyak yang dilupakan oleh seseorang dan sangat sedikit sahaja yang diingati.
Penulis sendiri sudah tidak dapat mengingati banyak peristiwa semasa bersekolah dahulu secara jelas, tetapi masih dapat mengingati beberapa perkara baik semasa di sekolah dahulu.
Antara perkara yang tidak pernah dilupakan ialah pujian yang diberikan oleh beberapa orang guru kepada penulis. Pujian mereka bukan sahaja menyebabkan jasa dan nama mereka terus menjadi kenangan abadi penulis tetapi juga pujian ini banyak membina semangat dan keinginan penulis untuk cemerlang dalam pelajaran.
Sebab itu penulis sangat tidak percaya bahawa pujian boleh merosakkan pelajar. Mitos ini masih wujud di kalangan ramai guru-guru yang mengajar. Pada mereka, pujian akan menyebabkan seseorang atau sekumpulan pelajar menjadi bongkak, lupa diri dan akhirnya akan merosakkan pembelajaran mereka.
Maka tindakan seperti ugutan, memarahi serta memberikan amaran dikatakan lebih berkesan untuk memastikan pelajar belajar serta berjaya di dalam pelajaran mereka.
Mereka mungkin lupa bahawa pujian secara psikologinya jika dilakukan dengan cara dan gaya yang betul akan menjadi kaedah yang paling berkesan untuk mempengaruhi tindakan, pemikiran serta sikap pelajar.
Ramuan yang betul dalam memberikan pujian seperti pemilihan bahasa yang tepat, kesesuaian masanya dan dizahirkan dengan ikhlas dari hati guru akan membuatkan tingkah laku seseorang pelajar dapat ditingkatkan atau diperbaiki ke arah yang lebih positif.
Kadang kala pujian juga boleh menjadi tidak berkesan walaupun dilakukan berulang kali oleh guru. Sebagai contoh, memuji pelajar selepas beberapa lama perbuatan positif dilakukan tidak akan mengembangkan tingkah laku positif pelajar.
Misalnya adalah sangat berkesan jika guru memberikan pujian selepas seseorang pelajar berjaya menjawab dengan betul berbanding memberikan pujian beberapa lama selepas pelajar memberikan jawapannya.
Di luar kelas, adalah sangat berkesan guru memberikan pujian sebaik sahaja pelajar melakukan perkara yang baik misalnya membuang sampah ke dalam tong sampah atau pelajar berbaris semasa membeli makanan di kantin sekolah berbanding memberikan pujian secara umum semasa perhimpunan lama selepas tingkah lalu tersebut di lakukan.
Pujian yang tidak berkesan juga boleh berlaku apabila guru memberikan pujian yang berbentuk umum atau generalisasi sahaja kepada pelajar. Pujian seperti 'awak baik', 'awak pandai' atau 'awak bersih', sebenarnya kurang memberikan kesan kepada pelajar. Pujian seharusnya berbentuk khusus atau spesifik. Misalnya "Cikgu bangga dengan pencapaian markah kamu dalam ujian kali ini".
Ada juga pujian yang boleh dilakukan dengan menulis sesuatu di dalam buku atau kertas jawapan pelajar yang dapat dibaca atau difahami oleh pelajar tersebut sebagai satu pujian yang khususnya ditujukan kepada kebolehan atau pencapaiannya sama ada yang bersifat akademik, atau kerana tingkah laku atau sikap yang baik.
Malah lebih buruk lagi jika ramuannya tidak betul, pujian bukan sahaja boleh menjadi tidak berkesan tetapi boleh menyebabkan tingkah laku seseorang pelajar menjadi lebih buruk dari sebelumnya.
Misalnya apabila seseorang pelajar melakukan perkara yang baik dan diberikan pujian oleh guru tetapi dalam bentuk sindiran maka pujian seperti ini akan menyedihkan pelajar.
Sebagai contoh apabila seorang guru berkata kepada pelajarnya "awak ini bukanlah pandai sangat tetapi mungkin nasib anda baik mendapat markah yang tinggi dalam ujian ini kali ini, tahniahlah untuk awak".
Pujian seperti sindiran juga boleh berlaku dalam bentuk perbandingan, Misalnya, "tahniah kerana awak berjaya mendapat markah yang baik tetapi nampaknya markah awak masih rendah berbanding kawan awak si X". Usaha lagi nanti". Atau ada juga pujian seperti," Markah anda dalam ujian kali ini baik. Jadi jangan lagi seperti ujian-ujian yang lalu. Saya mahu setiap kali ujian markah anda akan baik daripada hari ini".
Perkara ketiga ialah pujian yang melibatkan soal kuantiti dan juga kualiti. Pujian merupakan kuasa positif yang jika selalu digunakan secara berkesan akan meningkatkan pembangunan positif pelajar.
Oleh itu lebih banyak pujian sebenarnya adalah lebih baik. Bagaimanapun kuantiti pujian seharusnya dilengkapi dengan pujian yang berkualiti. Jadi di sekolah rendah kualiti pujian yang baik seharusnya di ikuti dengan pelukan guru kepada pelajar (tentunya guru perempuan sahaja yang sesuai melakukannya, pada guru lelaki bolehlah melakukan dengan memberikan senyuman menunjukkan rasa bangga).
Pujian yang baik ialah yang dilengkapi dengan sentuhan atau tingkah laku senyuman yang menunjukkan rasa kasih dan sayang seorang guru pada pelajarnya.
Sebenarnya ada kajian yang menunjukkan kebanyakan guru kurang atau tidak suka memberikan pujian kepada para pelajar. Malah di kalangan guru yang mengakui mereka telah memberikan banyak pujian kepada pelajar, sebenarnya pujian yang mereka berikan masih kurang daripada apa yang diharapkan atau di rindu oleh pelajar.
Percayalah, pujian boleh mengubah pelajar. Jika guru dapat melakukan secara berterusan dengan penuh hikmah dan sabar maka akan lebih ramai pelajar yang akan mengubah sikap dan tingkah laku menjadi lebih positif.
Amalan pujian bukan sahaja paling berkesan mengubah tingkah laku pelajar tetapi sebenarnya berkeupayaan untuk membina persekitaran bilik darjah yang penuh motivasi, kasih sayang dan harmoni.
Disebabkan oleh persekitaran, minda pelajar sebenarnya lebih cenderung untuk memberikan super-respons kepada perkara negatif yang diasak keadaan mereka berbanding perkara positif. Misalnya pelajar akan lebih cepat sedih bila dimarahi oleh berbanding gembira bila mereka dipuji.
Mereka juga biasanya akan lebih cepat merasa malu apabila disindir berbanding merasa bangga apabila berjaya mencapai sesuatu. Oleh itu untuk membolehkan tingkah laku positif berkekalan dicapai, maka pujian secara berterusan, berkualiti serta ikhlas perlulah dilakukan oleh para guru.
Malah secara tidak sedar juga, kebanyakan guru juga lebih cenderung untuk cepat memberikan respons kepada tingkah laku negatif pelajar berbanding tingkah laku perbuatan positif pelajar lebih lagi bila guru berada di dalam tekanan kerja atau keadaan fizikal yang lemah atau letih.
Oleh itu jika para guru dapat memulakan pujian kepada pelajar secara berterusan maka satu hari nanti pelajarnya pula akan menjadi seorang dewasa yang akan pula sentiasa memberikan pujian kepada para rakan sekerja di tempat kerajaan atau anak-anak mereka di rumah. Semoga pelajar tidak akan lagi merindui pujian daripada guru-guru mereka.
Penulis ialah Pensyarah Sosiologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Utusan Malaysia Online: 16 Januari 2010

IPTA tidak patut tawar pengajian guru sekolah rendah


JERLUN 14 Jan. - Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tidak sepatutnya menawarkan program ijazah sarjana muda pendidikan pengkhususan sekolah rendah kerana lepasan IPTA terbabit perlu mengajar di sekolah menengah.
Penyediaan program itu di universiti-universiti merupakan antara punca utama menyebabkan lepasan ijazah sarjana muda IPTA berkaitan berdepan kesukaran untuk ditempatkan di sekolah-sekolah.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, ini kerana penempatan ke sekolah-sekolah rendah dikhaskan kepada lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) kendalian Kementerian Pelajaran.
Jelasnya, kesukaran lepasan ijazah sarjana muda pendidikan IPTA ditempatkan di sekolah-sekolah adalah disebabkan mereka mengambil program pengkhususan sekolah rendah.
"Yang berbangkit tentang guru tidak dapat penempatan ini ialah lepasan ijazah sarjana muda pendidikan sekolah rendah dari IPTA.
"Sepatutnya universiti berkaitan tidak boleh buat program pengkhususan sekolah rendah sebab lulusan IPTA perlu mengajar di sekolah menengah," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama guru-guru di daerah Kubang Pasu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Megat Dewa di sini hari ini.
Mohd. Puad memberitahu, beliau mengesan masalah itu apabila mendapat senarai 20 nama daripada salah seorang lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah dari sebuah IPTA yang mengadu kepadanya tentang masalah mereka.
Beliau bagaimanapun akan cuba mencari jalan dan memberi komitmen membantu mereka mendapatkan penempatan.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan, kementerian hanya membenarkan warga negara Myanmar dan Rohingya yang mempunyai permit kerja serta dokumen yang lengkap menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerajaan.
Katanya, ibu bapa pelajar itu perlu mempunyai pendapatan RM3,500 dan ke atas.
"Jadi pelarian yang tiada dokumen dan hanya menunjukkan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) memang tidak boleh menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerajaan," katanya.
Jelas beliau, bagi bukan warga negara tetapi berkahwin dengan wanita atau lelaki tempatan boleh menghantar anak-anak mereka ke sekolah dengan syarat mendapat pengesahan daripada penghulu atau ketua kampung mengenai status kewarganegaraan itu.
Bagaimanapun, katanya, mereka tetap perlu membayar RM120 setahun untuk sekolah rendah manakala RM240 bagi sekolah menengah.
"Penjelasan ini diberi supaya mereka yang terlibat tidak salah faham atau terkeliru dengan syarat yang dikenakan," katanya.
Utusan Malaysia Online: 15 Januari 2010

Related Posts with Thumbnails