What's Time Now?

Follow me and I'll follow u back (just inform k)

Bagi kemudahan murid tahun enam di Negeri Terengganu

KUALA TERENGGANU 7 Jan. - Kerajaan negeri memutuskan untuk membekalkan 25,000 buku elektronik, e-Book kepada murid tahun enam di negeri ini tahun ini, empat bulan lebih awal daripada sepatutnya.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, berbanding tahun lalu, e-Book mula diberi kepada murid pada Jun dan selain peralatan itu, kira-kira 800 komputer riba juga akan disalurkan kepada guru-guru bertugas.
Beliau memberitahu, 25,000 lagi e-book akan diserahkan kepada murid tahun empat yang dijangka dilaksanakan Jun ini, menjadikan kesemua 50,000 murid mendapat kemudahan itu tahun ini.
"Kita jangka kesemua murid ini mendapat e-Book selewat-lewatnya penghujung Jun ini dan murid tahun enam boleh duduki ujian penggal secara online," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini semalam.
Ahmad berkata, kemudahan e-Book itu disediakan bagi melengkapkan lagi persediaan murid serta pelajar menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan kemampuan mencapai keputusan cemerlang.
Selain itu jelasnya, dengan bantuan e-book para pelajar juga akan menjalani ujian secara latih tubi sebelum memilih 10 pelajar terbaik.
"Kita akan pilih 10 pelajar terbaik dan mereka akan diberi hadiah sebagai insentif daripada kerajaan negeri," tambah beliau.

Category:  
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Related Posts with Thumbnails