What's Time Now?

Follow me and I'll follow u back (just inform k)

Pelajar IPT jangan sertai demonstrasi jalanan





JOHOR BAHRU 9 Jan. – Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) disaran mengadakan dialog atau perbincangan rasional dalam usaha mencari jalan terbaik mengenai isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, demonstrasi jalanan adalah bertentangan dengan status mereka sebagai golongan terpelajar.
Beliau berkata, golongan penuntut sepatutnya menggunakan peluang di universiti untuk mengadakan perbincangan atau dialog dalam suasana yang penuh kebijaksanaan.
Menurutnya, universiti merupakan medium terbaik memberi ruang luas kepada mahasiswa daripada pelbagai kaum untuk menyuarakan pendapat masing-masing secara beradab tanpa dipengaruhi emosi.
“Nasihat saya, apa saja yang kita hendak lakukan biarlah berasaskan kepada ilmu.
“Penuntut tidak perlu mengikut cara orang di luar untuk berdemonstrasi sedangkan mereka boleh berdialog secara rasional dan matang bagi mencapai persefahaman dalam isu kalimah Allah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mewakili Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Karnival Pengajian Tinggi 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini hari ini.
Khaled berkata, secara peribadi beliau tidak menggalakkan penuntut mengadakan demonstrasi namun pada masa sama kementerian tidak dapat menghalang penglibatan segelintir mereka daripada menyertainya.
Menurutnya, demonstrasi yang telah mendapat kebenaran atau permit polis tidak menjadi satu kesalahan bagi seseorang penuntut menyertainya berdasarkan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 (pindaan 2008).
Beliau berkata, para penuntut boleh menyertai demonstrasi yang sah kecuali jika dianjurkan parti politik.

Category:  
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Related Posts with Thumbnails