What's Time Now?

Follow me and I'll follow u back (just inform k)

Perginya Seorang Lagi Bakal Pendidik

walaupun agak terlambat saya mengetahui berita ini tapi ia cukup membuatkan saya rasa sedih dan terkilan kerana seorang lagi bakal pendidik yang bakal mewarnai dunia pendidikan negara kita telah pergi selama-lamanya. walaupun tidak mengenali arwah dengan rapat namun sering melihat arwah semasa hidupnya dan melihat dari perwatakannya menggambarkan arwah seorang yang baik dan seorang yang mudah mesra dengan sesiapa sahaja. apabila mendengar berita di sebuah blog, saya rasa terperanjat dan tidak sangka orang adalah arwah.

arwah Mohd Fazli Bin Mohammad merupakan pelajar semester 8 jurusan pendidikan sekolah rendah yang pada masa itu sedang menanti majlis graduasi terbunuh dalam kemalangan berhampiran kawasan rehat dan rawat tapah apabila kenderaan yang dinaiki mangsa melanggar belakang treler dan meragut nyawanya. arwah maut ditempat kejadian. kejadian itu berlaku dalam lebih kurang jam 3.30 hingga 4.30 petang 25 februari. arwah yang pada ketika itu bekerja di restoran karim corner sedang menghantar makanan tempahan.

sama-sama lah kita berdoa agar roh arwah Mohd Fazli Bin Mohammad ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman AL-FATIHAH..


Arwah Mohd Fazli Bin Mohammad dalam kenangan

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
1 Response
  1. al fatihah kpd arwah...
    semoga di tempatkan dikalangan org2 yg beriman

Related Posts with Thumbnails